Bekas abang Ipar dedah Awie bagi makan anak guna duit niaga kelab malam yang menjual arak

Bekas abang ipar penyanyi rock, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Bin Othman memberitahu kepada Mahkamah Syariah bahawa penyanyi itu ada mengusahakan perniagaan sebuah kelab malam di Ipoh Perak.

Bekas Abang Ipar Dakwa Awie Beri Nafkah Tak Elok Pada Anak

Bekas Abang Ipar Dakwa Awie Beri Nafkah Tak Elok Pada Anak

Menurut bekas abang iparnya, Othman Misbun yang merupakan pengarah sebuah syarikat penerbitan berkata dia pernah mengunjungi kelab malam tersebut kira-kira empat tahun lalu.

“Saya pernah pergi ke kelab malam itu sebanyak dua kali. Kali pertama saya memasuki kelab itu dan kali kedua saya hanya melaui hadapan kelab tersebut,” jelasnya kepada sebuah akhbar tempatan.

“Pada pandangan saya, sumber itu diberikan kepada anak-anak, ia merupakan tindakan yang tidak elok kerana ia menyediakan arak yang haram di sisi agama.

“Bagi saya perniagaan yang dijalankan itu saya anggap sebagai perkara yang tidak elok,” katanya di hadapan hakim berhubungan kes penjagaan anak kekal di pihak adiknya, Rozana Misbun.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post