Durian tak menjadi, harga Musang King lonjak naik RM110 sebiji

Harga durian yang melonjak naik – dengan sebiji Musang King dikatakan mampu mencecah RM110 – menyebabkan dusun durian menjadi sasaran pencuri raja buah itu untuk dijual dan memperoleh ‘durian runtuh’.

Harga Musang King melonjak, pencuri buru ‘durian runtuh’

Harga Musang King melonjak, pencuri buru ‘durian runtuh’

Harga Musang King melonjak, pencuri buru ‘durian runtuh’

The Star melaporkan pemilik dusun durian di sini mula mengawal dan meronda di kawasan pokok durian bagi memastikan ia tidak dicuri, terutama sekali kerana kebun tidak berpagar.

Datuk Dr Lim Seh Guan yang mempunyai dusun durian seluas 0.65 hektar di sini berkata pada bulan lalu beliau terserempak dengan beberapa penunggang motosikal sedang mengutip durian dari kawasan dusun jirannya.

“Dia (penunggang motosikal) kata hanya cari durian yang tak elok untuk makan. Kami beri penduduk kampung beberapa biji percuma untuk makan.

“Tapi bakul di motosikalnya penuh durian! Pekerja dusun saya juga terjumpa penunggang motosikal lain buat perkara sama,” katanya dipetik daripada The Star.

Katanya, terlalu banyak dusun kecil di sini dan semuanya tidak memasang pagar tetapi saling menghormati sempadan masing-masing.

“Tetapi tahun ini, buat pertama kalinya, kami jumpa pencuri. Mereka bergerak meronda di sini beberapa kali sehari cari durian gugur,” katanya yang membeli dusunnya kira-kira 15 tahun lalu dan kini mempunyai 18 pokok durian.

The Star melaporkan penjual durian memberitahunya amat sukar mencari durian premium berkualiti tinggi pada masa ini.

Seh Guan berkata keadaan itu dipercayai berpunca daripada durian kurang menjadi pada musim ini kerana musim panas El Nino awal tahun lalu selain kejatuhan nilai ringgit yang menyebabkan permintaan eksport meningkat.

Katanya, ejen menawarkan untuk membeli duriannya secara pukal untuk dieksport ke Singapura, China dan Hong Kong.

Seh Guan berkata harga Musang King di sini pada musim ini dijual RM50 sekilogram, dan antara RM60 hingga RM70 di kawasan bandar.

“Sebelum ini, harga Musang King antara RM20 dan RM35 setiap kg,” katanya.

 

Sumber: Free Malaysia Today



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post