Harga PERODUA Bezza bermula dari serendah RM37,300, semua mampu milik!

Bezza, kereta sedan sulung keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), dijual pada harga antara RM37,300 hingga RM50,800.

Harga PERODUA Bezza bermula dari serendah RM37,300, semua mampu milik!

Harga PERODUA Bezza bermula dari serendah RM37,300, semua mampu milik!

Bezza didatangkan dalam lima varian dengan Standard 1.0L transmisi manual berharga RM37,300; 1.0L Automatik (RM39,300); 1.3L Premium X Manual (RM42,800); 1.3L Premium Automatik (RM44,800) dan 1.3L Advance (RM50,800).

Presiden dan Pengarah Urusan PERODUA, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata Bezza disasarkan untuk mereka yang berhasrat untuk menukar kereta, terutama pasangan yang baharu berkahwin dan muda.

“Berdasarkan harga mampu milik dengan kualiti global, kami yakin sedan baharu ini akan mendapat sambutan baik daripada pembeli,” katanya pada taklimat media sempena sesi pandu uji Bezza untuk media di sini, hari ini. Tempahan untuk Bezza dibuka mulai hari ini dan dijadual dilancarkan pada 21 Julai ini.

 

 

 

Sumber : Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post