Kementerian Kesihatan (KKM) melarang kaedah melahirkan bayi dalam air dilakukan hospital swasta di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr S Jeyaindran berkata, larangan itu dilakukan kerana tiada bukti menyatakan kaedah kelahiran seperti itu dapat memberi manfaat kepada ibu.
Baru-baru ini, KKM memberikan notis larangan kepada Hospital Pantai, Kuala Lumpur yang kemudian mencetuskan perdebatan di media sosial susulan arahan berkenaan.
Jelasnya arahan yang sama akan diberikan kepada sebarang hospital yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.
“Kita mengeluarkan arahan ini demi faktor keselamatan, walaupun kaedah itu dipraktikkan beberapa tahun sebelum ini dan tidak berlaku insiden, namun jika ada bayi meninggal dunia menggunakan kaedah itu, siapa akan bertanggungjawab?”,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya larangan itu akan diteruskan selagi tiada bukti menunjukkan kelahiran dalam air adalah selamat dan memberi manfaat kepada ibu dan mereka yang terbabit.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW