Sejak tersebarnya kisah makanan di sini dijual pada harga RM1 di media sosial, beratus bungkus makanan yang dijual di gerai OK Boss habis dijual dalam masa tiga jam.
‘Tarzan’ atau nama sebenarnya Lim Chin Aun, 29, berkata gerainya, yang beroperasi di rumah keluarganya di Lorong Sungai Dua, di sini, dibuka pada 8 Julai dan perniagaannya menunjukkan perkembangan yang baik.
“Hari ini, kami buka perniagaan pada pukul 6 pagi dan pukul 9 pagi semua makanan habis dijual.
“Saya benar-benar gembira konsep ini telah diterima dengan baik,” katanya, Rabu.
“Pada masa ini, kami menjual 300 bungkus nasi lemak klasik, 150 bungkus nasi lemak kimchi, 200 bungkus bihun goreng tomyam dan 200 pek sandwich sardin dan telur mayonis setiap hari, semuanya pada harga RM1 setiap satu.”
Gerai itu juga menjual set telur dan roti bakar, agar-agar sebagai pencuci mulut dan minuman seperti Milo, kopi dan minuman ringan pada harga yang sama.
Chin Aun, yang juga memiliki sebuah studio tarian dan bekerja sebagai jurujual kereta berkata, dia dan adiknya Chin Khang, 26, yang berkerja sebagai akauntan mendapat idea ini beberapa bulan lalu.
“Ekonomi sekarang tidak baik dan harga makanan semakin meningkat. Kami mahu melawan trend itu dan menunjukkan bahawa anda boleh menyediakan makanan yang lazat pada harga berpatutan.
“Ia juga merupakan cara untuk kami membantu pelajar dan mereka yang keluar bekerja pada awal pagi untuk mengisi perut mereka dengan sarapan yang baik dan harga berpatutan.
“Abang saya dan saya bangun seawal jam 2.30 pagi untuk menyediakan makanan tetapi saya gembira dan puas hati apabila melihat sambutan yang baik. Pengorbanan itu amat berbaloi,” katanya.
Chin Aun berkata beliau bergilir-gilir dengan Chin Khang untuk mengendalikan gerai kerana kedua-duanya berkerja sepenuh masa manakala bapa mereka, Ewe Huat, 59, akan membantu mengikut kelapangan masanya.
“Kami berharap untuk memperbanyakkan menu dan jenis makanan untuk pelanggan kami.
“Kami juga mempunyai pelanggan yang membeli secara pukal kerana makanan kami dijual dalam paket kecil yang mudah untuk diedarkan,” katanya.
Beliau berkata mereka juga pesanan awal daripada pelanggan.
Siswazah Universiti Sains Malaysia, Jackson Yew berkata makanan RM1 mengingatkannya kepada zaman kanak-kanak apabila makanan di kantin sekolahnya dijual pada harga yang sama.
Gerai OK Boss dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 2 petang.
Sumber: MStar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW