Malang tidak berbau apabila seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 (SMKTIP 2), di sini maut ditimpa tiang gol hoki tumbang, pagi tadi.
Pelajar tingkatan dua maut ditimpa tiang gol
Pelajar tingkatan dua, Nik Mohd Lutfi Nik Kamarudin,14, meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang bermain bola bersama 11 rakannya bagi subjek Pendidikan Jasmani di padang sekolah tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM), di sini untuk dibedah siasat.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR