Peniaga Festivland tuntut ganti rugi, Penganjur tak bertanggungjawab, karnival bertukar jadi pasar malam

Indah khabar dari rupa. Itulah perumpamaan buat karnival Festivland Mega Raya 2016. Banyak terms yang dilanggar oleh pihak penganjur yang buat peniaga/vendor seperti teraniaya. Ikuti luahan dari salah seorang vendor Encik Jamaluddin di facebooknya:

Karnival Festivland yang bertemakan TEMA PENCAHAYAAN bertukar menjadi Tema PASAR MALAM dan MALAP.

Karnival Festivland yang bertemakan TEMA PENCAHAYAAN bertukar menjadi Tema PASAR MALAM dan MALAP.

Karnival Festivland yang bertemakan TEMA PENCAHAYAAN bertukar menjadi Tema PASAR MALAM dan MALAP.

Penganjur tidak bertanggungjawab dan banyak mengelat.

3/7/2016

5.30 ptg – Kami vendor Festivland telah memberikan Surat aduan dan tuntutan minta maaf dan ganti rugi daripada penganjur program dan minta maklum balas sebelum pukul 6.00 petang.

8.30 mlm – perbincangan bersama peguam pihak penganjur tp tiada kata putus. Kami meminta maklum balas sebelum pukul 10mlm.

10.00 mlm – peguam mengatakan rio tidak mahu bertanggungjawab dan tidak mahu membayar ganti rugi.

Bila bersuara di group penganjur akan remove daripada group whatsapp.

14 aduan daripada vendor-vendor

1. Masa loading barang ditukar-tukar dari pukul 3petang 1/7/2016 sehinggalah akhirnya selepas sahur baru siap. Itupun pada pukul 10 pagi elektrik masih tiada.

2. Booth tidak mengikut layout awal.

3. Tidak memaklumkan penukaran layout pada vendor.

4. Booth diberi pada artis. Vendor telah membeli booth tersebut tetapi artis yang mendapat walaupun ada surat confirmation.

5. Gangguan team organiser sewaktu operasi. Organiser menghalau dan bertindak dengan kata-kata kasar sehingga pelanggan lari.

6. Lampu malap tidak seperti event yg sepatutnye. Bayaran mahal tapi taraf PASAR MALAM. Tidak mengikut TEMA PENCAHAYAAN seperti dijanjikan.

7. T-shirt dan tag tidak diumumkan untuk diambil atau hantar ke setiap booth. Ada vendor yang tidak dapat t-shirt dan tag yang merupakan sebahagian daripada bayaran.

8. Pagar menyebabkan pelanggan/crowd tidak masuk.

9. Corner booth tidak mengikut syarat booth.

10. Ada vendor tidak dapat booth pukul 2petang baru dapat berniaga.

11. Area peniaga makanan dihuni oleh peniaga haram. Pihak penganjur tidak menghalau tetapi mengambil bayaran daripada peniaga haram.

12. Peniaga tidak membuat promosi cuma booth artis diberi promosi.

13. Pihak penganjur tidak membalas sebarang pertanyaan dari pihak vendor.

14. Tempat pembuangan sampah terlalu dekat dengan booth menyebabkan ada bau yang tidak menyenangkan peniaga dan juga pengunjung.

Kami perlukan keadilan yang sewajarnya dan mohon bertanggungjawab!

Mohon Viral!!!



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post