Sayu luahan hati isteri ini, suami beri masa sampai hujung tahun untuk kurus, kalau tak dia akan cari lain

Sayu luahan hati isteri ini, suami beri masa sampai hujung tahun untuk kurus, kalau tak dia akan cari lain

Sayu luahan hati isteri ini, suami beri masa sampai hujung tahun untuk kurus, kalau tak dia akan cari lain

Gambar Hiasan

Seorang isteri pasti inginkan kehidupan yang bahagia bersama suami tersayang sepanjang hayat, adalah menjadi lumrah selepas kawin bagi sesetenagh wanita bentuk badan berubah atau semakin berisi.

Ada kebiasaan pada awal bercinta semuanya manis, tapi apabila sudah berkahwin ada yang dulu manis menjadi racun.

Dikisahkan oleh seorang isteri luahan perasaannya apabila suaminya memarahinya kerana badannya selepas bersalin.

Apa yang lebih memeritkan kata-kata itu dikatakan kepadanya ketika umat Islam masih merayakan Aidilfitri.

Jom kita baca luahan hati beliau.

Malam ketujuh Syawal, terasa sayunya hati. Tadi suami marah-marah, bising cakap badan saya makin naik. Gendut sangat. Tersentuh sangat hati.

Ya, memang tak dinafikan fizikal saya memang besar. Suami pula kurus. Kacaklah juga. Kalau setakat WeChat tu, saya selalu tengok ramai perempuan ‘hai’ pada dia.

Lima hari ini, saya perasan dia macam buat muka saja. Syawal tahun ini memang paling menyedihkan.

Ingatkan tahun ini bahagia sangat kerana kehadiran cahaya mata, rupanya tak. Sejak lima hari ini saya perasan dia tidur membelakangkan saya.

Bila suruh peluk dan cium dia macam tak nak, tak macam selalu, tak payah suruh pun.

Rutin kami suami isteri, entahlah. Mungkin ada yang mengata tentang badan saya pada dia. Mungkin dia malu. Atau mungkin dia ada kenal perempuan dalam WeChat yang bentuk badan cantik. Sebab itu dia desak saya.

Sedih sangat, malam ini dia cakap dia beri saya masa sampai hujung tahun saja. Kalau tidak, jangan marah kalau dia cari lain. Sampai hati dia, sedangkan saya terima kekurangan dia.

Sembilan tahun menyemai kasih, bercinta bagai nak rak. Memang tak dinafikan, sejak bersalin badan saya terus naik. Dalam hati nekad, kali ini saya mesti diet. Tak nak dihina sebegini rupa lagi. Sedih.

Saya cuma pandang anak saja. Entahlah. Tak tau nak cakap. Padanlah sejak kebelakangan ini asyik marah-marah saja. Rupanya tentang badan. Apa dia cakap memang betul pun, makin lama makin gendut.

Dia tak tahu, gemuk saya inilah yang akan dia rindui satu hari nanti.

Sumber : SK



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post