Stor terbakar di Andalas, 18 orang masuk hospital akibat sesak nafas

Lapan belas penghuni termasuk kanak-kanak dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas dua stor barangan plastik di bawah kediaman mereka di Taman Sri Andalas di sini, musnah terbakar, pagi tadi.

18 masuk hospital, stor terbakar

18 masuk hospital, stor terbakar

Kejadian kira-kira 11 pagi itu turut mengakibatkan lima kereta dan sebuah motosikal di depan premis empat tingkat berkenaan musnah.

Pemangku Ketua Zon Bomba Klang, Penguasa Bomba Amer Haizal Sahak berkata, setibanya di tempat kejadian, pemeriksaan mendapati api marak di bahagian depan stor itu dan mula merebak ke tingkat atas.

“Seramai 30 anggota dan pegawai bersama empat jentera dari Balai Bomba Sungai Pinang, Andalas, Kota Raja dan Pelabuhan Klang dikerah memadamkan kebakaran yang turut membabitkan enam kenderaan lain.

“Berikutan premis masih terbakar dan asap tebal, kami terpaksa menggunakan tangga untuk membawa keluar 18 penghuni di enam rumah di tingkat atas premis terbabit,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua mangsa itu termasuk 10 kanak-kanak dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 11.45 pagi.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post