Ipoh, 10 Julai – Satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan (Menora-Ipoh) kira-kira jam 3 petang tadi.
Menurut video yang dikongsi oleh Bernama Radio, kelihatan bas itu merempuh kenderaan-kenderaan yang terlibat dari belakang.
Susulan kejadian, lebuhraya itu dilaporkan sesak teruk.
BH Online melaporkan, dua cedera dalam kemalangan tersebut.
Di dalam kejadian itu, kesemua 28 penumpang bas ekspress itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, dalam kejadian itu bas ekspres berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal iaitu kegagalan brek lalu melanggar 10 kenderaan di sisi dan hadapannya.
Katanya juga, pihaknya sedang mengealpasti dan mejalankan siasatan sama ada pemandu bas itu mengantuk ketika kejadian sehingga mengakibatkan inside itu berlaku.
“Kami masih belum mendapat maklumat lengkap bas berkenaan menghala ke mana tetapi daripada maklumat awal ia datang dari arah utara menuju selatan.
“Ketika ini semua kenderaan yang terbabit dalam kejadian itu sudah membuat laporan di Balai Polis Ipoh,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Reza lagi, mangsa yang cedera masih belum dapat dikenalpasti namun mereka dipercayai dari kenderaan yang pertama dilanggar.
Video kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan (Menora-Ipoh) yang dikongsikan pendengar BERNAMA Radio http://pic.twitter.com/1hMuwmz25n
— BERNAMA Radio (@bernamaradio) July 10, 2016
Sumber : SK
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW