Balik Pulau: Wanita, anak lelaki serta cucu lelakinya maut ditembak dalam kejadian di kilang memproses ayam di Jalan Baru, Batu Maung di sini, hari ini.
Selain tiga sekeluarga berusia 2 hingga 55 tahun itu, seorang lagi lelaki berusia 50 tahun yang juga pemilik kilang proses ayam terbabit turut maut ditembak dalam kejadian 2.55 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Razaruddin Husain berkata, suspek adalah anak kedua kepada wanita berusia 55 tahun itu dan dia dikatakan berang kerana tidak mendapat wang untuk membeli dadah.
“Ketika kejadian semua mangsa sedang tidur dalam kontena yang dijadikan tempat tinggal di kilang memproses ayam terbabit.
“Suspek berusia 32 tahun yang bersenjatakan pistol semi automatik 9mm kemudian melarikan diri dengan menaiki Toyota Hilux milik tauke ayam berkenaan dan polis kini sedang memburunya,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Sumber : Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW