TV3 diperintah bayar RM200,000 kepada Nizar Jamaluddin

Mahkamah Tinggi memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya mengenai nombor pendaftaran kereta “WWW1″ yang disiarkan dalam berita Buletin Utama, 30 Mei 2012.

Timbalan Pendaftar Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli membuat perintah itu di dalam kamarnya yang dihadiri peguam Mohd Fitri Asmuni mewakili Nizar dan peguam Lim Qi Si mewakili TV3.

TV3 diperintah bayar RM200,000 kepada Nizar Jamaluddin

TV3 diperintah bayar RM200,000 kepada Nizar Jamaluddin

Fitri memberitahu pemberita mahkamah memerintahkan TV3 membayar jumlah itu berdasarkan latar belakang Nizar ketika itu sebagai menteri besar dan juga ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Katanya, mahkamah juga mendapati TV3 gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dalam menyiarkan berita berkenaan dan bersungguh-sungguh mempertahankan fitnah itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan semasa taksiran ganti rugi setelah Nizar memenangi kes samannya terhadap syarikat televisyen itu.

Pada 24 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan tiada unsur berat sebelah kehakiman dalam keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati TV3 bertanggungjawab memfitnah Nizar.

Nizar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap stesen televisyen itu berkaitan komen beliau mengenai nombor pendaftaran kereta “WWW1″, yang berjaya dibida dengan harga RM520,000 oleh Sultan Johor pada Mei 2012.

Nizar menyaman TV3 dan Penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah.

Pada 12 April 2013, Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah ahli Parlimen Bukit Gantang dan bekas Adun Pasir Panjang itu yang kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan dan keputusan memihak kepada Nizar.

Pada 25 Februari 2014 Mahkamah Rayuan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk penaksiran ganti rugi.

Sementara itu peguam Lim memaklumkan pihaknya akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sama ada untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Sumber : FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post