Walaupun bahagia dicium 2 isteri, Ketua Pemuda UMNO dedah ambil masa setahun damaikan 2 isteri

Kebahagiaan yang terpancar di wajah ketua Pemuda Umno Indera Mahkota dicium dua isterinya di pagi Syawal tidak datang bergolek.

Fotonya itu mendapat perhatian media, termasuk di Indonesia, dan pengguna Internet. Namun kebahagiaan yang terpancar itu bermula dengan kesuraman.

Bahagia dicium dua isteri? Ketua Pemuda Umno dedah suram poligami

Bahagia dicium dua isteri? Ketua Pemuda Umno dedah suram poligami

Bahagia dicium dua isteri? Ketua Pemuda Umno dedah suram poligami

Muhammad Faiz Hashim mengakui beliau mengambil masa bagi mendamaikan isteri pertama Norfadhilah Syed Mohd Idris, 35, bersama madunya Nik Noor Syuhada Kamarudin, 30.

Baca artikel sebelum: Isteri Ketua Pemuda UMNO cium suami serentak demi elak cemburu

“Saya beri masa kepada diri saya untuk mereka bertemu dalam tempoh setahun. Sebab jika perkahwinan kedua itu bermula dengan pemberontakan dan salah faham, ia akan berlarutan.

“Kita perlu mencari ruang bagaimana untuk menghubungkan antara nombor satu dan dua ini.

“Mungkin telefon atau mesej. Bila ada komunikasi yang baik, barulah kita aturkan pertemuan melalui meja makan keluarga,” katanya ketika dihubungi ProjekMMO semalam.

Kisah Faiz mendapat perhatian meluas selepas gambarnya dicium serentak oleh Norfadhilah dan Syuhada hangat diperkatakan di media sosial.

Gambar berkenaan dimuat naik Faiz di Facebook miliknya minggu lalu ketika sambutan satu Syawal dan juga ulang tahun perkahwinan pertamanya yang ke-15.

Faiz, 35, berkata perkahwinan keduanya tidak dirahsiakan daripada Norfadhilah, malah isteri pertama itu juga “redha” apabila terpaksa dimadukan.

Tambahnya, Norfadhilah sempurna di matanya namun atas dasar kemampuan, dalam “kalau sudah jodoh”, membuatkannya menikahi Syuhada.

“Hati wanita mana yang tidak terguris. Mungkin (Norfadhilah) berasa saya mengkhianatinya, seolah-olah dia tidak sempurna sehingga saya sanggup mencari yang kedua.

“Bagi suami pula, itu bukan faktor yang sebenar. Isteri sudah cukup sempurna dan terbaik tetapi apabila Tuhan memberikan kita rezeki yang lebih, rasanya tidak salah kita menerimanya.

“Ini bukan dirancang dan saya tidak pernah terfikir ke arah ini tetapi apabila jodoh datang, kita sambut dalam keadaan baik dan redha,” katanya.

Bapa kepada lapan anak ini, termasuk lima daripada perkahwinan pertama, berkata kejayaan amalan berpoligami hasil tolak ansur antara isteri-isteri.

Katanya, suami juga harus memainkan peranan yang berkesan dengan menunjukkan sifat tanggungjawab dan berlaku adil kepada isteri-isteri.

“Seorang suami yang bijak perlu memberikan sedikit masa. Sebagai suami, buktikan kita bertanggungjawab dan tidak akan membezakan kasih sayang.

“Isteri pertama perlu redha dan isteri kedua perlu bertolak ansur sebab sudah mengambil suami orang.

“Kita minta mereka bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan yang membalas balik supaya tidak berlaku ketegangan,” katanya.

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post