Afdlin Shauki boikot FFM 28, Yusof Haslam minta hormat identiti kebangsaan

Susulan pendirian Afdlin Shauki yang mahu memboikot Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28, Datuk Yusof Haslam menggesa pengarah filem itu menghormati identiti kebangsaan.

Yusof, presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia, tidak berkecil hati dengan pendirian Afdlin itu kerana pengasingan kategori yang baru diperkenalkan tidak dilakukan atas dasar perkauman.

Afdlin Shauki boikot FFM 28, Yusof Haslam minta hormat identiti kebangsaan

Afdlin Shauki boikot FFM 28, Yusof Haslam minta hormat identiti kebangsaan

“Itu hak dia (Afdlin) dan saya tidak mahu komen, cuma saya minta dia menghormati identiti kebangsaan kita.

“Tidak timbul soal perkauman dalam isu ini kerana Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan. Jangan korbankan nilai kita dengan menghalalkan cara,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Afdlin melalui Instagram pada Khamis mahu memboikot FFM, dijadual 3 September ini, kerana tidak berpuas hati dengan penganjur anugerah itu yang membezakan filem-filem mengikut bahasa.

“Minta maaf, tahun ini saya boikot FFM. Bilalah anak Malaysia tidak kira bangsa akan betul-betul dihargai karya-karya seni mereka sebagai karya Malaysia?” coretnya.

Filem kegemaran ramai “Ola Bola” dan karya pengarah baru berbakat “Jagat” tidak dibenarkan bersaing dalam kategori “filem terbaik.”

Dua filem tersebut, bersama “Maravan,” “Huat the Fish” dan “The Kid from The Big Apple,” dimasukkan bawah kategori “filem terbaik bukan berbahasa Melayu” dengan alasan ia tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Mohd Noor Kassim, yang dicalonkan dalam kategori “sinematografi terbaik” bagi filem “Bravo 5” menarik diri daripada FFM, juga berhubung kontroversi ini.

Beliau, yang pernah menang kategori sama dua kali dalam FFM lepas, mendakwa pengasingan kategori “filem terbaik” dan “filem terbaik bukan dalam bahasa Melayu” sebagai satu bentuk “perkauman.”

Malam kemuncak festival berprestij itu bakal diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Ia disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Ria HD.

Sumber : Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post