Akhbar Harian Metro bengang difitnah, gambar muka depan Metro Ahad diedit seolah-olah menghina Lee Chong Wei

Gambar kononnya petikan akhbar dimuat naik oleh The Coverage Hiburan sejak Ahad lalu sehingga menjadi fitnah sudah diturunkan Facebook (FB), hari ini.

FB dalam maklum balasnya kepada Harian Metro menjelaskan:“We removed or disabled access to the content you reported for violating the Facebook Statement of Rights and Responsibilities. We understand this action to resolve your intellectual property issue”.

Akhbar Harian Metro bengang difitnah, gambar muka depan Metro Ahad diedit seolah-olah menghina Lee Chong Wei

Akhbar Harian Metro bengang difitnah, gambar muka depan Metro Ahad diedit seolah-olah menghina Lee Chong Wei

Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan terdapat segelintir pentadbir akaun ‘fan page’ di FB sanggup memanipulasikan berita disebabkan rasa ‘syok’ bila cerita fitnah itu menjadi viral di media sosial.

Tanpa rasa bertanggungjawab, mereka memfitnah, memperlekeh dan mempersenda pihak lain demi mendapat ‘like’ serta ‘share’ daripada pengunjung yang tidak tahu hujung pangkal.

Pengarah Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Faizal Kasmani berkata, apabila sesuatu berita atau entri itu walaupun tidak benar dan sekadar fitnah menjadi viral, ia seterusnya mendapat pelbagai komen pengunjung sehingga ada yang menulis kata-kata kesat, tuduhan melulu dan menokok tambah fitnah itu.

Beliau berkata, fenomena kecanggihan teknologi komunikasi dilihat menjadikan pengguna cenderung lebih beremosi dan berfikiran cetek.

Katanya, pada ketika pengguna media baru kini diharapkan berfikiran terbuka kerana mempunyai akses kepada banyak maklumat, mereka sebenarnya lebih suka kepada satu maklumat saja tanpa membuat menyelidik sama ada ia benar atau palsu.

“Segelintir netizen ini hanya komen apa yang mereka suka tanpa mengetahui maklumat sebenar. Ini dikatakan menyokong fikiran sendiri atau ‘eco chamber’ menyebabkan pengguna berfikiran sempit,” katanya.

Muka depan Metro Ahad kelmarin turut dimanipulasi oleh pengendali akaun FB The Coverage Hiburan dengan mengubah suai tajuk berita kenyataan Datuk Lee Chong Wei sehingga mengundang komen negatif pengunjung.

Untuk memanaskan lagi keadaan pengendali akaun FB itu turut membandingkan kononnya laporan akhbar berbahasa Inggeris lebih berhemah ketika melaporkan mengenai pemain badminton negara itu berbanding akhbar berbahasa Melayu.

Pengunjung pula secara semborono memberi komen tanpa melihat atau membaca artikel asal dan berkongsi fitnah itu.

Faizal berkata, jika dirasakan berlakunya pelanggaran hak cipta, pihak yang menjadi mangsa boleh membuat laporan kepada pentadbir laman sosial berkenaan.

“Kasihan kepada pemilik akaun laman sosial terbabit, jika didapati bersalah langgar hak cipta, FB tidak hantar saman tetapi akan tutup akaun mereka serta-merta.

“Akaun ini amat bernilai, jika ditutup pihak terbabit akan hilang semua ‘pengikut’ dan terpaksa bermula dari bawah semula,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM) Prof Madya Datin Dr Hasmah Zanuddin berkata, mana-mana individu atau organisasi perlu bertindak segera termasuk membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi menangkis sebarang fitnah dan tohmahan dilemparkan kepada mereka.

“Zaman ‘online’ sekarang memang ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan perkara ini untuk mendapat ‘like’ dan sebagainya untuk suka-suka.

“Kita tidak tahu siapa sebenarnya di belakang empunya akaun Facebook terbabit sehingga pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian, Keselamatan dan Pengurusan Media Baharu SKMM Dr Mazlan Ismail berkata, sesuatu kandungan palsu boleh diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada.

Harian Metro menyemak semula ‘posting’ asal yang dimuat naik The Coverage Hiburan di FB dan mendapati sudah dibuang tengah hari ini.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post