Anggota bomba gadai nyawa pujuk dan terkam warga emas mahu bunuh diri dari tingkat 17 Mentari Court

Pujuk dan terkam mangsa. Itu tindakan berani anggota bomba yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan seorang lelaki terjun dari balkoni tingkat 17 ,Pangsapuri Mentari Court, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 65 tahun dilihat duduk di balkoni berkenaan sebelum tindakannya itu disedari jiran.

Anggota bomba gadai nyawa pujuk dan terkam warga emas mahu bunuh diri dari tingkat 17 Mentari Court

Anggota bomba gadai nyawa pujuk dan terkam warga emas mahu bunuh diri dari tingkat 17 Mentari Court

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Hazinan Md. Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.39 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Seramai sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati seorang lelaki duduk di balkoni pangsapuri berkenaan,” katanya.

Difahamkan, jiran mangsa mendakwa mangsa mengalami masalah tekanan perasaan.

Menurutnya, anggota bomba cuba memujuk mangsa dan merangka strategi bagi menyelamatkan mangsa.

“Saya memujuk mangsa dengan memberitahu perbuatannya itu menyusahkan ahli keluarga lain.

“Saya meminta mangsa membatalkan hasratnya untuk terjun dan kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.

Dia berkata, usaha hampir 30 minit itu gagal sebelum anggota bomba memasang tali keselamatan bagi menyelamatkan mangsa.

“Seorang anggota bomba kemudian bertindak menerkam mangsa ketika mangsa leka seketika.

“Tiada sebarang pergelutan berlaku dan mangsa akhirnya menyerah diri. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya. –myMetro Online

Sumber: Mynewshub



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post