Awie diarah bayar nafkah RM4000 kepada dua anak bawah jagaan Rozana berkuatkuasa serta-merta

Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Awie membayar nafkah sebanyak RM4,000 sebulan berkuatkuasa serta merta kepada dua anaknya yang kini berada dalam jagaan bekas isteri, Rozana Misbun. Perintah berkenaan dikeluarkan oleh hakim syarie, Che Saupi Che Husin selepas mengambil kira kemampuan Awie selaku defenden dan serta keterangan Rozana selaku plantif.

Awie diarah bayar nafkah RM4000 kepada dua anak bawah jagaan Rozana berkuatkuasa serta-merta

Awie diarah bayar nafkah RM4000 kepada dua anak bawah jagaan Rozana berkuatkuasa serta-merta

Memetik laporan m Star Online, pihak mahkamah turut memerintahkan agar Awie memasukan wang berkenaan dalam akaun anak-anak beliau yang dibawah penjagaan Rozana pada 5 haribulan pada setiap bulan. Manakala bagi wang perbelanjaan pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, masih tiada jumlah ditetapkan oleh mahkamah dan terpulang kepada Awie.

Jumlah bayaran yang diperintahkan adalah nafkah bulanan yang merangkumi perbelanjaan makan-minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain sebanyak RM3,000 manakala kos tempat tinggal sebanyak RM1,000. Dua anak mereka adalah Putra Ahmad Rezzki, Putri Qaseh Antasha, dan Putra Ahmad Merah yang tinggal bersama Awie.

Sementara itu pada awal Jun lalu, vokalis Wings itu sekali lagi telah melangsungkan pertunangan dengan Sharifah Ladyana di Hotel Vistana, Pulau Pinang yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja. Berita pertunangannya itu juga telah disahkan sendiri oleh Awie, bagaimanapun masih tiada tarikh tetap ditentukan untuk melangsungkan hari perkahwinan.

Sumber : Rotikaya



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post