Budak 14 tahun mengaku haus darah mangsa pertama, ditahan lepas cubaan bunuh teman wanita abang

Seorang budak perempuan berusia 14 tahun mengaku dirinya ‘psikopat’ selepas cuba membunuh teman wanita abangnya yang berumur 15 tahun dengan mengelar leher mangsa hanya kerana mahu mencuba mencabut nyawa mangsa pertamanya.

Budak 14 tahun mengaku haus darah mangsa pertama, ditahan lepas cubaan bunuh teman wanita abang

Budak 14 tahun mengaku haus darah mangsa pertama, ditahan lepas cubaan bunuh teman wanita abang

Kali J Bookey, 14, didakwa sebagai seorang dewasa selepas ditahan polis Khamis lalu atas tuduhan cuba membunuh mangsa yang diserang di dalam bilik tidurnya sendiri.

Kali dikatakan mengaku cuba melemaskan mangsa sebelum menghempaskan mangkuk kaca pada kepala mangsa sehingga pecah seterusnya mengelar leher gadis itu menggunakan serpihan kaca.

Kali meninggalkan mangsa untuk mati sebelum menghubungi polis dan mendakwa dia diculik.

Bagaimanapun, mangsa terselamat dan mengenal pasti Kali sebagai penyerangnya.

Syerif Derah St Croix, John Shilts berkata: “Ini kejadian paling teruk pernah saya lihat apatah lagi membabitkan suspek yang terlalu muda.

“Saya masih sukar mempercayai kejadian ini.”

Kali akan dihadapkan ke mahkamah pada 8 Ogos ini.

Sumber : Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post