Cinta ibu tunggal 42 tahun dan remaja 18 tahun berputik di gelanggang bola tampar

Perkahwinan ibu tunggal 40 tahun dengan remaja 18 tahun, kerana jarak usia yang ganjil itu, menjadi viral di media sosial dan mendapat liputan meluas media.

Cinta ibu tunggal 42 tahun dan remaja 18 tahun berputik di gelanggang bola tampar

Cinta ibu tunggal 42 tahun dan remaja 18 tahun berputik di gelanggang bola tampar

Cinta Dayang Sofiah dan Mohd Sofi Mat Ali yang mula bertaut di gelanggang bola tampar pada Mei lalu membawa mereka ke jinjang pelamin pada 23 Ogos, laporKosmo!

“Dia seorang yang mesra dan sangat disenangi oleh orang di sekelilingnya,” kata Dayang Sofiah, menceritakan watak suami keduanya.

Wanita beranak lima, antara tujuh hingga 16 tahun, di Kuala Penyu di sini tidak mendedahkan jumlah mas kahwin. Tiada hantaran dan kenduri diadakan sempena pernikahan itu.

Mohd Sofi, bekerja sebagai buruh binaan di Labuan, berkata kasih sayang Dayang Sofiah membuatkannya tertarik untuk mengambilnya sebagai isteri.

“Walaupun usianya jauh lebih tua berbanding saya, tetapi ia bukan penghalang untuk kami menjadi rakan tidak kira ketika susah ataupun senang,” katanya.

Remaja yang habis belajar setakat tingkatan dua itu hubungan mereka mendapat tentangan segelintir ahli keluarga lain kerana jarak usia mereka yang terlalu ketara.

“Saya tidak kisah dengan apa yang diperkatakan oleh orang luar kerana saya percaya dengan jodoh saya.

“Sebagai suami, saya juga sedar akan tanggungjawab saya dan akan menyesuaikan diri untuk hidup bersama isteri,” katanya.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post