Kerajaan negeri Sarawak sedia memberi gelaran “Datuk” kepada penerjun negara Pandelela Rinong Pamg kerana mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik di Rio, Brazil, semalam.
Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata pihaknya percaya Pandelela, 23, akan menerima ganjaran selepas menyumbang pingat perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.
“Saya percaya kerajaan negeri akan memikirkan sesuatu ganjaran kerana semasa Pandelela meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik London 2012 dia diberi ganjaran kewangan,” katanya dilapor Kosmo!
Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, anak kelahiran Bidayuh dan rakannya Cheong Jun Hoong perlu diberi insentif termasuk pengajian dan latihan.
“Gelaran Datuk atau pingat lain sebagai pengiktirafan boleh juga diberikan kepada mereka pada tahun-tahun akan datang.
“Saya bangga dengan kejayaan Pandelela dalam acara sukan di pentas dunia. Ini membuktikan ‘Sarawak Boleh’ jika diberi peluang,” kata Tan Sri James Jemut Masing.
Sementara itu, keluarga Pandelela dilaporkan Berita Harian akan ke Rio selepas mendapat sumbangan dari orang ramai untuk menanggung kos tiket penerbangan yang mencecah hampir RM9,000 seorang.
Mereka akan berlepas 15 Ogos ini untuk menyuntik semangat Pandelela beraksi solo menerusi acara 10 meter Rabu depan.
Sumber : Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW