Datuk Red dedah tak perlu modal pikat Adira, hati terpaut melihat keikhlasan Adira

Ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan tiada modal diperlukan untuk memikat Siti Adira Suhaimi sebagai isteri kedua.

Adnan yang juga dipanggil Datuk Red berkata sebaliknya hatinya terpaut apabila melihat keikhlasan yang dipaparkan naib juara Akademi Fantasia 8 itu.

Datuk Red tertarik dengan keikhlasan Adira semasa baru bercinta. ― Foto ihsan Instagram/Adira Suhaimi

Datuk Red dedah tak perlu modal pikat Adira, hati terpaut melihat keikhlasan Adira

“Ketika pertama kali mengenali Adira, saya yakin dengan keikhlasan dirinya. Malah saya tidak pernah memewahkan dia dengan apa-apa sebelum kami berkahwin.

“Jadi modal saya untuk mengurat dia memang kosong ringgit. Apa yang penting isteri-isteri saya sangat memahami. Itu sudah cukup melegakan.

“Sebab itu saya tidak kisah pandangan orang luar ke atas diri saya, janji dua isteri saya ini faham,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Adnan, 38, berkata menjadi harapannya agar masyarakat luar tidak mengecam kedua-dua isterinya atas kontroversi yang berbangkit sebelum ini.

Katanya, sama ada Adira mahu pun Datin Norshafila Hassim merupakan isteri yang baik dan sangat memahami.

“Sebab itu permintaan saya mudah, jangan kecam isteri-isteri saya, cukup kecam saya seorang.

“Mereka adalah isteri yang baik tetapi saya saya sahaja yang suka timbulkan masalah,” beliau dilaporkan berkata.

Sementara itu, bagi Adira, 25, disahkan hamil 10 minggu merupakan detik indah untuk melupakan semua kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya.

Katanya, jika Norshafila sendiri memberi nasihat agar menjaga kandungan dengan baik, maka mengapa perlu memikirkan pandangan orang lain.

“Saya belajar untuk jaga hati sendiri kini sebab akhirnya saya faham orang lain tidak akan peduli perasaan kita.

“Bukan kata saya kecewa, tetapi lebih kepada mendahului pendapat diri,” katanya.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post