Dituduh keluar dengan suami orang, Fiza Halim dilabel ‘setan bertudung’

Sejak mengumumkan beliau mempunyai kekasih baru, pelakon Fiza Halim tidak henti dihimpit pelbagai kontroversi. Malah, beliau didakwa sebagai punca rumah tangga kekasihnya itu berantakan.

Dituduh keluar dengan suami orang, Fiza Halim dilabel 'setan bertudung'

Dituduh keluar dengan suami orang, Fiza Halim dilabel ‘setan bertudung’

Terbaru, beberapa wanita telah bertindak “menyerang” akaun Instagram Fiza dan menghina beliau dengan pelbagai kata-kata kesat. Boleh kata agak teruk juga Fiza dihina oleh wanita-wanita berkenaan yang menuduh beliau sebagai perampas suami orang dan “setan bertudung”.

Fiza juga nampaknya ada memuat naik foto senarai penghinaan yang ditujukan kepada dirinya.

Berikut antara cacian yang diterima oleh Fiza :-

Berbekalkan segala “screenshot” kecaman yang beliau terima, Fiza telah mengambil tindakan selanjutnya dengan membuat laporan polis terhadap mereka.

Kalau dilihat, wanita –wanita itu sebenarnya adalah bekas pramugari.

Hmmmph, macam-macam kecaman yang Fiza terima sejak beliau bercinta dengan kekasih juruterbangnya. Mungkinkah wanita-wanita yang menghina beliau kenal dengan bekas isteri kekasihnya? Kami pun tidak mahu komen lebih sebab tidak tahu cerita yang sebenar. Harapnya segala tuduhan mereka itu tidak betul.

Sumber : Beautifulnara

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post