Isteri-isteri Ashraf Muslim persoal gosip ambil Sherry Ibrahim sebagai isteri ketiga

Khabar angin mengatakan pelakon Ashraf Muslim menghubungi semula bekas kekasihnya, Sherry Ibrahim telah menimbulkan persoalan dikalangan dua isterinya.

Ashraf, 35, mengakui isteri pertama Noor Dayana Lokman, 29, dan isteri kedua Wan Sakinah Ahmad Saburi, 32, bertanyakan perkara sama selepas membaca gosip mengatakan mahu mengambil Sherry sebagai isteri ketiga, namun beliau menafikannya.

Kembali dengan Sherry Ibrahim? Ashraf Muslim dipersoal para isteri

Kembali dengan Sherry Ibrahim? Ashraf Muslim dipersoal para isteri

“Sejujurnya sudah lama tak jumpa Sherry apatah lagi menghubunginya sejak putus hubungan sekitar 2009. Gosip itu sama sekali tidak benar,” katanya dilapor Kosmo! hari ini.

Pelakon “Mr Boss Miss Stalker” itu berkata, beliau lega kerana isteri-isterinya tenang berdepan gosip yang disyakinya timbul selepas Sherry dilaporkan putus cinta dengan kekasih Fattah Amin.

Namun beliau tidak menolak jika ditakdirkan berkahwin buat kali ketiga.

“Perkara berkaitan jodoh dan takdir saya tidak boleh menidakkan. Mana tahu esok atau lusa saya bercerai dan berkahwin semuanya ketentuan Allah,” katanya.

Sementara itu, Sherry, 33 dilapor akhbar sama turut menafikan dakwaan berkenaan.

“Tak perlu rasanya nak kaitkan nama saya dengan dia. Lagipun dia sudah ada anak dan isteri,” katanya.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post