“Janggal bila orang panggil saya Dato” – Dato Ifa Raziah

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bintang versatil 2016 iaitu Ifa Raziah sebelum ini pernah menerima Darjah Kebesaran dan Pingat di atas khidmatnya kepada masyarakat.

IFA RAZIAH JANGGAL DIPANGGIL DATO

IFA RAZIAH JANGGAL DIPANGGIL DATO

Walau bagaimanapun, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, hanya akan menggunakan gelaran tersebut ketika di menghadiri ke majlis rasmi sahaja.

“Seperti sedia maklum saya pernah kongsikan hal ini kepada rakan kenalan dan yang mengenali diri ini, saya hanya akan gunakan gelaran ini di majlis-majlis rasmi sahaja.

“Untuk majlis persembahan pentas saya tidak pakai, biarlah orang tahu sendiri. Malah, saya sendiri tidak kerap menggunakan gelaran tersebut sebab saya mengaku agak janggal bila orang panggil saya Dato,” ujar Ifa ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu, ditanya pula andai peminat atau yang mengenalinya tersalah panggil tanpa menyebut Dato, adakah Ifa akan marah? Ini jawabnya;

“Saya tidak kisah kalau orang tak panggil dengan gelaran itu, lagipun Dato itu hanya diguna pakai pada nama penuh, Dato Saripah Raziah dan bukan Ifa Raziah kerana itulah yang termaktub dalam watikah tersebut,” terang Ifa.

 

Sumber: Media Hiburan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post