Kahwin atas dasar bercinta lepas nikah, wanita ini menyesal dan trauma diugut suami jadi penjamin pinjaman Along atau serah anak dalam kandungan lepas dilahirkan

Cerita saya macam ni. Saya baru sahaja berkahwin dengan suami saya dalam 3 bulan. Umur saya 23 sekarang. Suami 28. Kami berkahwin atas dasar bercinta selepas nikah. Saya memang tak kenal dia sangat sebelum kahwin. Pernah keluar sekali je dgn dia lepas tu dia ajak kawin. Kenal pun melalui online. Saya pun bodoh time tu, terikut ikut dengan trend kawin muda ala islamik bercinta selepas nikah, saya pun kawin dengan dia.

Kahwin atas dasar bercinta lepas nikah, wanita ini menyesal dan trauma diugut suami jadi penjamin pinjaman Along atau serah anak dalam kandungan lepas dilahirkan

Kahwin atas dasar bercinta lepas nikah, wanita ini menyesal dan trauma diugut suami jadi penjamin pinjaman Along atau serah anak dalam kandungan lepas dilahirkan

Sepanjang kami kawin, saya duduk asing asing dengan dia sebab saya masih belajar. Dia ada bisnes sendiri. Bisnes kecik2 je. Makan minum saya time jumpa tu memang dia support tp duit poket dia tak bg. Saya hidup guna duit pt je, macam zaman saya bujang. Saya jumpa dia dalam sebulan sekali. Saya faham sebab dia pun tak berduit sangat. Lgpun ofis dia dkt selangor, saya study kat selatan. Konon2 nak jadi isteri setia di masa susah kan, saya pun terima seadanya.

Baru2 ni saya mengalami morning sickness, iaitu muntah2 n loya. Period pun tak datang2 dah dekat 6 minggu. Kemudian saya asyik mengidam makanan. Saya agak2 saya dah pregnant kot. Saya text suami mintak tolong teman pergi jumpa doctor semalam. Tapi dia marah2. Mood dia tak bagus. Saya kecik hati. Kemudian sejam lepas tu dia text lagi, dia suruh saya jadi penjamin la mintak gambar ic la mintak address rumah parents la. Rupa2 nya dia ada pinjam along 30k.

Patutlah 2-3 hari ni bila text dia jawab sepatah2. Hancur luluh hati saya. Dia cakap dia tengah serabut skrg lepas tu saya pulak serabutkan kepala otak dia cakap pasal anak. Kiranya mcm wrong timing la saya bukak cerita pasal pregnancy ni. Padahal anak dia jugak bukannya anak laki lain.

Skrg ni saya betul2 tawar hati dan ada terdetik rasa menyesal kawin ngan dia (saya tahu itu dosa tp nak buat mcm mana korang bukan ada kat tempat saya). Dia cakap if saya tanak jadi penjamin, anak dalam perut tu dia nak bagi kat along. Rasa menggigil tangan ni. Tak tahu nak fikir lagi.

Saya muda, saya naif, itu saya mengaku. La ni kat parents pun saya tak bagitahu lagi sebab takut. Parents dia dua2 dah meninggal. Apa patut saya buat? Patut ke saya report police under extortion? Ataupun saya pergi mintak fasakh? Atau bgtahu parents saya? Atau mcm mana ye? Betul2 buntu ni. Saya skrg kat rumah parents. Cuti semester sekarang.

**harap beliau boleh tgk respon di komen

via sk press

 

Sumber: Beautifulnara FB



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post