Keluar rumah pakai skirt pendek, abang tembak lutut adik

SEORANG gadis telah ditembak di bahagian lutut oleh abangnya selepas lelaki itu ‘bengang’ melihat adik perempuannya keluar rumah dengan memakai skirt pendek.

Abang Tembak Lutut Adik Kerana Pakai Skirt Pendek

Abang Tembak Lutut Adik Kerana Pakai Skirt Pendek

Abang Tembak Lutut Adik Kerana Pakai Skirt Pendek – Sumber gambar dari 27esimaora.corriere.it

Gadis itu, Marisa Putortì, 21, kini dirawat di hospital di Calabria, Itali.

Menurut Marisa, abangnya, Demetrio, 25, berbuat demikian sebagai hukuman di atas perangainya yang dikatakan tidak mendengar cakap.

Dia juga mendakwa hubungannya dengan Demetrio menjadi renggang sejak bapa mereka meninggal dunia pada 2010. Demetrio juga sering mengawasi pergaulannya terutama dengan lelaki.

“Kami tidak bercakap antara satu sama lain. Semua yang saya lakukan tidak disukainya….jika pakai alat solek, keluar berjalan dengan memakai skirt pendek, atau jika saya merokok atau bercakap dengan lelaki di bandar,” kata Marisa yang juga ibu kepada seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Marisa yang mempunyai kekasih berusia 24 tahun itu tidak menghabiskan persekolahan.

Susulan kejadian itu, Marisa enggan bersimpati terhadap abangnya dan mahu lelaki itu dipenjarakan. Dia juga merancang meninggalkan bandar tersebut.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post