Kepala lelaki mabuk tersangkut dalam lubang pintu lepas dikurung isterinya dalam stor

Seorang lelaki yang mabuk dikunci di dalam bilik stor oleh isterinya yang marah sebelum kepalanya tersangkut di pintu ketika dia cuba melarikan diri.

Kepala lelaki mabuk tersangkut dalam lubang pintu lepas dikurung isterinya dalam stor

Kepala lelaki mabuk tersangkut dalam lubang pintu lepas dikurung isterinya dalam stor

Lelaki dikenali sebagai Zhang, 43, dilaporkan bertengkar dengan isterinya kerana tabiatnya yang kaki botol. Kerana marah dengannya, isterinya menolaknya masuk ke dalam bilik stor sebelum mengunci pintu besinya, menyebabkan Zhang terperangkap.

Wanita itu bertindak demikian kerana mahu menghalang suaminya memperoleh arak, seterusnya membolehkan dia sedar daripada tabiat buruknya.

Malangnya, Zhang menjadi lebih marah dan cuba memecahkan pintu.

Kerana mabuk Zhang menyangka dia boleh meloloskan dirinya menerusi lubang kecil pada pintu berkenaan.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post