Kisah Sebenar Wanita Pukul Ibu Di Klinik

Kisah Sebenar Wanita Pukul Ibu Di Klinik


Baru-baru ini telah tersebar di laman sosial tentang video seorang wanita memukul seorang warga tua yang sedang duduk di kerusi roda di sebuah klinik kerajaan.

Video ini menjadi viral dengan sekelip mata dan orang ramai mengecam tindakan wanita yang memukul warga tua itu.

Setelah disiasat, kejadian berlaku di Klinik Kesihatan Pusat Transformasi UTC Sentul dan sememangnya wanita itu anak kepada warga tua tersebut.

Namun menurut saksi, wanita yang memukul ibunya itu sebenarnya mempunyai masalah mental namun dia seorang sahaja yang membawa ibunya ke hospital.

Perkara ini juga disahkan oleh jiran mereka yang mengatakan wanita itu sememangnya mempunyai masalah mental namun jarang bertindak memukul seperti itu.

Itulah sebenarnya yang berlaku. Seorang wanita kurang siuman / mempunyai masalah mental membawa ibunya ke hospital.

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post