Mohd Noor Kassim pulangkan trofi FFM dalam plastik sampah, malu jadi Melayu

Tidak berpuas hati keputusan Festival Filem Malaysia (FFM), Mohd Noor Kassim nekad memulangkan dua trofi yang dimenanginya beberapa tahun lalu.

Hadir berbaju T dan berseluar jeans, pemenang kategori “sinematografi terbaik” bagi filem-filem “Setem” dan “Hikayat Merong Mahawangsa” meneruskan niat membantah FFM.

Pengarah kamera Mohd Noor Kassim (kanan) memulangkan semula dua trofi yang dimenanginya dalam Festival Filem Malaysia (FFM) kepada Datuk Kamil Othman. — Foto oleh Choo Choy May

Mohd Noor Kassim pulangkan trofi FFM dalam plastik sampah, malu jadi Melayu

Penganjur festival itu mendapat bantahan, termasuk Mohd Noor, mulai minggu lepas susulan dasar mengasingkan filem terbaik kepada bahasa Melayu dan “bukan berbahasa Melayu”.

Selain menarik diri daripada pencalonan dalam kategori “sinematografi terbaik” FFM ke-28, dijadual 1 hingga 3 September ini, beliau juga memulangkan semula trofi.

Penjelasan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) selama dua jam malam tadi tidak mengubah sikap pengarah kamera itu.

“Saya masih lagi tidak puas hati kerana kita orang Malaysia. Mengapa mahu pengasingan?” katanya kepada ProjekMMO selepas menyerahkan dua trofi FFM itu di hujung diskusi tersebut. 

“Saya orang Melayu tetapi saya cakap, [nampaknya] orang Melayu takut bersaing dengan bangsa lain. Saya malu sebagai orang Melayu.

“Kenapa kita takut dengan persaingan sihat? Kenapa hendak bezakan Cina dan India? Dalam filem, bahasa yang penting adalah bahasa filem itu sendiri.”

Mohd Noor memulangkan dua trofi yang dimenanginya pada 2009 dan  2011.

Sebaik selesai majlis Tanya Finas 2.0 di Platinum Sentral di sini malam tadi, beliau bergegas mendapatkan ketua pengarah Finas Datuk Kamil Othman untuk menghulurkan anugerah itu.

Ketika menyerahkan trofi itu, yang dibungkus dengan plastik sampah hitam, Mohd Noor kelihatan bercakap sesuatu kepada Kamil dalam pertemuan sepintas lalu itu.

Mohd Noor Kassim tidak bersetuju status Bumiputera dijadikan alasan untuk menidakkan filem-filem yang diusahakan karyawan Cina dan India. — Foto oleh Choo Choy MayMohd Noor Kassim tidak bersetuju status Bumiputera dijadikan alasan untuk menidakkan filem-filem yang diusahakan karyawan Cina dan India. — Foto oleh Choo Choy MayMajlis penerangan malam tadi disampaikan Kamil, presiden PFM Datuk Yusof Haslam dan ketua pegawai eksekutifnya Panchacharam Nalliah, nama popular Pansha.

Tiga panelis itu, antaranya, menjelaskan kepentingan bahasa Melayu dalam filem tempatan namun tidak dipersetujui Mohd Noor.

“Ini semua mengarut. Ini semua politik. Lagi empat tahun kita hendak jadi negara maju tetapi pemikiran kita masih lagi ke belakang. Kita mesti amal dasar keterbukaan.

“Status Bumiputera kita pegang tetapi tidak payahlah dengan status itu kita nafi karya orang lain yang lebih bagus.

“Itu semua ada kepentingan. Mungkin ada yang memohon dana, mohon itu dan ini. Bagi dia, hendak menyelamatkan diri dia; bukan hendak menyelamatkan industri dan keperluan negara,” kata Mohd Noor lagi.

Sumber : Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post