GOMBAK – Ngeri, seorang pekerja warga Bangladesh maut terbelah dua dihempap jengkaut dalam kejadian di Sungai Tua, Selayang, semalam.
Dalam kejadian pada jam 10:30 pagi itu, Nurul Islam, 30’an, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah, lapor KOSMO!
Mangsa dihempap oleh jengkaut mengakibatkan badannya dari bahu kanan ke pinggang terbelah dua.
Ketika kejadian, mangsa sedang mengangkat barang ke dalam sebuah lori. Namun, jengkaut tersebut mengalami masalah teknikal lalu bahagian pengoreknya terjatuh dan menghempap mangsa.
Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba setelah jentera tersebut dibaik pulih.
Sumber: Pixel perfect
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR