Nur Dhabitah kongsi gambar latihan keras, setiap tubuh atlet terjun akan ditindih dan kaki dikangkang luas ‘Tolong jangan mula membenci saya’

ATLET terjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri yang namanya kini semakin dikenali di kalangan peminat sukan tanah air baru-baru ini ada berkongsikan sekeping gambar yang menunjukkan latihan keras yang perlu dijalani setiap atlet dalam usaha untuk mengejar sesuatu kejuaraan.

Nur Dhabitah kongsi gambar latihan keras, setiap tubuh atlet terjun akan ditindih dan kaki dikangkang luas 'Tolong jangan mula membenci saya'

Nur Dhabitah kongsi gambar latihan keras, setiap tubuh atlet terjun akan ditindih dan kaki dikangkang luas ‘Tolong jangan mula membenci saya’

 

Dalam foto itu dapat dilihat latihan sukar yang dilalui setiap atlet terjun bila mana tubuh mereka akan ditindih dan kaki perlu dikangkang luas bagi mendapatkan aksi terjunan terbaik.

Dalam coretannya itu, Dhabitah; 17, menulis, “Macam inilah pasukan terjun Malaysia berlatih. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sangat sukar untuk berlatih dan menjadi atlet bertaraf dunia. Kerana itu, saya sangat menghargai segala sokongan dan galakan yang telah diberi anda. Tolong jangan berhenti memberi sokongan dan tolong jangan mula membenci saya. Saya mencuba sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik.”

Nur Dhabitah Kongsi Gambar Jalani Latihan Keras

Nur Dhabitah Kongsi Gambar Jalani Latihan Keras

Dhabitah semakin dikenali bukan sahaja di kalangan penduduk Malaysia sebaliknya dia turut melakar sejarah tersendiri di temasya sukan terbesar dunia, Olimpik Rio 2016 apabila namanya menjadi perhatian masyarakat dunia kerana kegemarannya yang suka tersenyum biarpun ketika sedang berhadapan saingan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post