Page JDT dedah tuduhan Penyokong JDT curi kamera NSTP adalah fitnah, setiap penyokong JDT ditahan dan diperiksa tetapi tiada kamera dijumpai

PIHAK PENGURUSAN PAFA DAN POLIS PERAK GAGAL MENGAWAL KESELAMATAN PENYOKONG PELAWAT

PIHAK PENGURUSAN PAFA DAN POLIS PERAK GAGAL MENGAWAL KESELAMATAN PENYOKONG PELAWAT

PIHAK PENGURUSAN PAFA DAN POLIS PERAK GAGAL MENGAWAL KESELAMATAN PENYOKONG PELAWAT

Pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dilihat gagal mengawal keselamatan penyokong JDT dalam perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 7hb Ogos 2016 di Stadium Perak, Ipoh.

Baca artikel sebelum: Jurugambar NSTP dakwa dipukul, dipijak leher dan kamera RM30 ribu dirampas oleh penyokong JDT

Sebaik wisel penamat ditiupkan oleh pengadil, penyokong JDT yang bersorak kemenangan telah diancam dan dibaling objek keras oleh penyokong tuan rumah sehingga menyebabkan kecederaan berlaku dan para penyokong pelawat terpaksa ditempatkan ditengah padang bagi melindungi diri. Ada seorang wakil media membuat tuduhan bahawa kamera beliau telah dicuri.

Setelah semua penyokong JDT ditahan dan diperiksa seorang demi seorang dan tidak menjumpai kamera tersebut, tiba-tiba wakil media terbabit menyatakan sudah menjumpai kamera tersebut. Cukup-cukuplah membuat fitnah kepada penyokong JDT. Selain itu, bas penyokong juga telah diserang sewaktu perjalanan pulang manakala perkara paling memalukan adalah sewaktu lagu Bangsa Johor dinyanyikan, penyokong tuan rumah telah memperlekehkan dan mengejek serta mereka melaungkan sorakan ‘JDT bangsat’ dimana ianya tidak seharusnya berlaku.

Pihak Keselamatan pula hanya memperuntukkan kurang 100 anggota Polis DiRaja Malaysia untuk mengawal keselamatan hampir 35 ribu penyokong sedangkan jumlah yang berbeza jika di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin yang akan meletakkan tidak kurang dari 1,000 anggota untuk mengawal keselamatan.

 

Sumber: JOHOR Southern Tigers



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post