Pelajar tingkatan 3 maut terjatuh tingkat 3 kerana tolong kawan ambil beg yang dibuang kawan lain

Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), di sini, maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan.

Ajal bantu kawan

Ajal bantu kawan

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi mangsa Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil beg rakan yang dibuang oleh rakan lain.

Menurut sumber, mangsa dikatakan cuba membantu rakannya mengambil beg berkenaan.

“Ketika melompat keluar, mangsa dikatakan gagal memgawal diri dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post