PEMENANG pingat perak acara maraton Olimpik Rio, Feyisa Lilesa dari Ethiopia memberitahu dia mungkin akan dibunuh oleh pihak kerajaaannya sekira pulang ke tanah air.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik bakal dibunuh
Memetik laporan The New York Times, Lilesa memberitahu ancaman itu berpunca daripada tindakannya, membuat tanda pangkah (X), selepas selesai acara maraton.
Tanda pangkah itu merujuk kepada protes kepada pemerintahan Ehtiopia yang kini berhadapan dengan krisis politik dalaman.
“Aku punya saudara yang di penjara kerana melakukan aksi protes ini.
“Kalau anda berbicara soal demokrasi, mereka (pemerintah) akan membunuhmu. Kalau aku kembali ke Ethiopia, mungkin mereka akan membunuhku, atau memenjarakanku,” katanya lagi.
Katanya, “sangat berbahaya di negaraku. Mungkin aku akan pindah ke negara lain. Aku protes untuk orang lain di mana mereka tak mendapatkan kebebasannya.”
Sebelum ini, Persatuan Hak Asasi Manusia menyatakan pemerintahan di Ethiopia telah membunuh puluhan orang dalam beberapa minggu ini dek kerana tindakan anti pemerintahan yang berlaku di sana.
Aksi membentuk tangan berbentuk X merupakan tindakan nekad Lilesa. Bahkan Washington Post melaporkan,tindakan paling berani dalam Olimpik 2016.
Lilesa berhasil mencapai kemenangan apabila mencatatkan masa 2 jam,9 minit,54 saat.
Selepas mencapai garisan penamat Lilesa lantas melakukan ‘pose’ tanda pangkah, namun tidak ada sepatah kata pun yang diungkapkannya selepas memenangi pingat perak.
Atlet 26 tahun itu berasal dari Oromo, kediaman etnik terbesar di Ethiopia.
Gelombang protes terhadap pemerintah berlangsung dalam beberapa bulan terakhir ini. Mereka tidak setuju memindahkan ibu kota dari Addis Ababa ke tanah di Oromo, yang mengancam pengusiran orang-orang di daerah berkenaan.
“Pemerintah Ethiopia telah membunuh orang-orang Oromo dan mengambil tanah mereka, serta mencuri sumber alamnya. Jadi itu yang membuat orang Oromo protes. aku mendukung mereka kerana aku orang asli Oromo,” kata Lilesa kenyataannya selepas itu.
Menurut Washington Post, televisyen nasional Ethiopia tidak menyiarkan kemenangan Lilesa di garisan penamat.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW