Pesakit ditangkap curi ambulans dan bawa lari balik ke rumah hanya kerana tertinggal bas

Seorang pesakit ditangkap selepas mencuri ambulans untuk pulang selepas dibenarkan keluar dari hospital hanya kerana terlepas bas.

Lisa Carr, 43, mencuri ambulans Universiti Cincinnati yang tidak digunakan itu pada lewat Khamis dan memandunya 15 kilometer pulang ke rumahnya di Springfield Township.

Pesakit ditangkap curi ambulans dan bawa lari balik ke rumah hanya kerana tertinggal bas

Pesakit ditangkap curi ambulans dan bawa lari balik ke rumah hanya kerana tertinggal bas

Ketua Polis Springfield Township Rob Browder berkata, Lisa cuma mahu pulang ke rumahnya selepas tertinggal bas.

“Kebetulan ambulans itu kosong, tetapi enjin dihidupkan jadi dia terus mengambil kenderaan itu,” katanya.

Pemandu ambulans itu melaporkan kecurian berkenaan sebelum kenderaan terbabit akhirnya dijejak menggunakan GPS. Kejadian berlaku ketika pemandu terbabit menghantar pesakit ke dalam hospital. – Agensi

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post