Pinjam dengan MARA beli perabot, tiba-tiba ada tunggakan beli kereta, naik mahkamah rupanya MARA punya kereta, tapi pelik kenapa suruh orang lain bayar sampai muflis?

Seorang wanita terkilan setelah dirinya diisytiharkan muflis disebabkan tunggakan pinjaman pembelian kereta sedangkan dakwanya dia tidak pernah menandatangani perjanjian atas urusan tersebut.

Beli perabot, tetapi muflis kerana kereta

Beli perabot, tetapi muflis kerana kereta

Beli perabot, tetapi muflis kerana kereta

Balkhis  Alias, 44, berkata, pada tahun 1999 dia membuat pinjaman kira-kira RM20,000 dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pembelian perabot di pejabatnya di Kuantan, Pahang dengan dua penjamin.

Balkhis mengakui sebelum ini dia ada berkaitan pinjaman perabot namun dakwanya usaha untuk mendapatkan dokumen sah berkaitan hutangnya dan perjanjian asal daripada jabatan itu tidak diserahkannya kepadanya sebagaimana permohonannya untuk menjelaskan pembayaran.

“Setelah itu, kes ini telah dibawa ke mahkamah dan saya didapati tidak bersalah kerana saya bukanlah pemilik kereta, tetapi kepunyaan jabatan tersebut. Saya lega sebab kes ini selesai,” dakwanya kepada Sinar Harian.

Namun katanya, kegembiraan tersebut tidak panjang, apabila sekali lagi jabatan berkenaan telah sekali lagi membawa kes tersebut ke mahkamah.

Lebih mengejutkan pada tahun lalu dia menerima notis tunjuk sebab dan meminta penjelasan daripada pihak berwajib berkaitan hutangnya dengan jabatan tersebut, namun surat tersebut lewat diterimanya.

Rentetan daripada itu, dia terkejut apabila pada penghujung bulan lalu segala transaksi kewangannya sudah disekat dan lebih menyedihkannya apabila syarikatnya juga terpaksa ditutup.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku. Ini melibatkan maruah saya. Lagilah pekerja saya hilang pendapatan sekelip mata. Saya beli perabot bukan kereta.

“Saya bukan tidak mahu bayar hutang perabot, saya boleh bayar, tapi bila minta dokumen  perjanjian asal banyak kerenah dan banyak maklumat yang tidak betul,” dakwanya.

Balkhis berkata, dia meluahkan masalah dihadapinya itu kerana bimbangkan dua lagi penjaminnya bakal menerima nasib sama sepertinya, terpaksa menanggung derita atas perkara yang bukan dilakukannya.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post