Punca adik Noor Amila Edrus dibunuh abang ipar terungkai, rupanya hanya kerana Edrus terlalu dimanjakan sehingga suspek dimarahi ibu mertua

Noor Amila Edrus Norsyam dibunuh abang ipar tirinya mungkin kerana dengki dengan kanak-kanak berusia lima tahun itu yang menjadi kesayangan ramai, kata isteri suspek.

Menurut laporan China Press, Nazura yang pertama kali bercakap kepada media berkata, selain menanggung kesedihan akibat kematian adiknya, beliau turut digelar isteri pembunuh dan dikecam warga maya.

Punca adik Noor Amila Edrus dibunuh abang ipar terungkai, rupanya hanya kerana Edrus terlalu dimanjakan sehingga suspek dimarahi ibu mertua

Punca adik Noor Amila Edrus dibunuh abang ipar terungkai, rupanya hanya kerana Edrus terlalu dimanjakan sehingga suspek dimarahi ibu mertua

Nazura berkata, disebabkan terlalu sayangkan Amila, ibunya akan maki mereka jika memukul dan memarahi mangsa.

Beliau percaya suaminya menyimpan dendam kerana tidak berpuas hati dengan Amila yang terlalu dimanjakan sehingga menyebabkan dia dimaki ibu mertuanya.

Bagaimanapun, beliau tidak percaya yang suaminya tergamak membunuh adiknya hanya kerana cemburu.

Selain itu, katanya, beliau juga didera suaminya sehingga menyebabkan tubuhnya cedera dan muka bengkak, namun kerana dua anaknya yang masih kecil, beliau terpaksa bertahan.

“Harap mereka yang sebarkan gambar saya dan dua anak boleh memadamkannya. Kesalahan yang dilakukan bapa akan dikenakan tindakan undang-undang dan dua anak tidak berdosa tidak patut dikaitkan dengannya,” katanya.

Dalam pada itu, ibu suspek berkata, anaknya pernah meminjam wang daripadanya, tetapi beliau tidak pernah mendesak anaknya membayar hutang.

Wanita terbabit turut mendakwa anaknya hanya berhutang dengannya, tiada pemiutang lain.

Noor Amila Edrus dilaporkan hilang selepas selesai solat Maghrib di surau berhampiran rumahnya di Jinjang Utara pada 11 Ogos lalu, sebelum mayatnya ditemui di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, pada jam 12.30 tengah hari Khamis lalu.

Suspek itu akan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Sumber: FMT



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post