Puteri Umno Kelantan minta maaf menari gelek sambil bertudung dengan alasan ‘masih baru’

Puteri Umno Kota Baru mengaku salah mengadakan tarian gelek, yang menjadi viral, ketika majlis perasmian mesyuarat pergerakan itu, Khamis lalu.

Dalam kenyataan di Facebook kelmarin, pergerakan itu memohon maaf kepada semua setelah video empat wanita muda Umno menari disebarkan meluas di media sosial.

“Kami memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak dan mengakui kesilapan di pihak kami. Insya Allah kami akan mengambil iktibar atas keterlanjuran ini,” katanya.

“Kami juga sedar masih baru dalam politik dan banyak lagi yang perlu dipelajari. Insiden ini memberikan pengajaran yang amat berharga kepada kami, walaupun pahit.”

Rakaman selama 150 saat itu menunjukkan penari wanita bertudung merah jambu mempersembahkan tarian gelek di depan pentas sebagai pembuka mesyuarat tersebut.

Tetamu yang dilaporkan hadir antaranya ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman dan ketua Umno bahagian Tan Sri Fatmi Che Salleh.

Puteri Umno Kelantan minta maaf menari gelek sambil bertudung dengan alasan 'masih baru'

Puteri Umno Kelantan minta maaf menari gelek sambil bertudung dengan alasan ‘masih baru’

Puteri Umno Kelantan menganggap kenyataan maaf ketua Puteri bahagian Wan Salmiah Wan Ghani menunjukkan mereka “benar-benar insaf” atas tindakan itu.

“Perkara sudah berlaku, beribu tohmahan serta pandangan, menyedarkan dan mengajar kami untuk menginsafi perkara yang berlaku ini,” kata ketuanya Marzuani Ardila Ariffin.

“Melalui kejadian ini, ia memberikan suntikan baru untuk kami bekerja dengan lebih bersemangat untuk membantu bagi memenangkan parti Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.”

Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata mesyuarat perwakilan seharusnya diisi dengan nilai baik, bukannya perkara yang boleh memudaratkan perjuangan.

“Tidak salah kalau memperkenalkan budaya warisan seperti zapin dan silat tetapi bukan dengan tarian gelek atau perkara yang boleh memudaratkan perjuangan kita,” katanya kelmarin.

Sumber : Malay Mail

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post