Raja Ema sudah bertudung: “Saya bertudung, bukan berhijab”

Pelakon senior, Raja Ema, 48, yang tampil dengan imej menutup aurat tidak selesa dikatakan telah berhijab, sebaliknya lebih senang dengan status bertudung.

Menurut penyanyi Angan-Angan itu, berhijab membawa maksud seseorang itu perlu menutup segala kecantikannya daripada tatapan umum, patuh sepenuhnya hukum syariah.

Raja Ema sudah bertudung: "Saya bertudung, bukan berhijab"

Raja Ema sudah bertudung: “Saya bertudung, bukan berhijab”

“Terlalu besar status berhijab itu untuk digalas sedangkan saya baru sahaja berjinak-jinak memakai tudung. Banyak lagi yang perlu dipelajari,” katanya ketika ditemui pada majlis anjuran Kool FM dan Hot FM di sini hari ini.

Tambah Raja Ema, dia juga tidak bimbang tawaran dalam bidang lakonan terbatas selepas mengenakan tudung kerana percaya rezeki yang ditentukan Allah.

“Kalau tak ada rezeki berlakon, Alhamdulillah saya ada pendapatan sampingan melalui perniagaan yang dijalankan,” jelasnya yang baru sahaja selesai penggambaran drama Meh Sandar Padaku untuk slot Akasia TV3 tidak lama lagi.

Sumber :UTUSAN ONLINE

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post