Sarawak Report dedah PAS terima RM90 juta dari Najib, Pemuda PAS Kelantan buat laporan polis

PAS Kelantan hari ini buat laporan polis berhubung laporan Sarawak Report yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

PAS Kelantan buat laporan polis

 PAS Kelantan buat laporan polis

PAS Kelantan buat laporan polis

Laporan itu dibuat Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari.di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini, hari ini.

Menurutnya, dakwaan disiarkan itu berniat jahat, malah Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga sudah mengeluarkan kenyataan menafikan hal itu.

“Tidak wujud pun tawaran wang sebanyak itu dan tiada pemimpin parti yang menerimanya.

“Kami berharap satu siasatan secara terperinci dibuat untuk menyiasat dakwaan ini dan mengenal pasti dalangnya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan itu.

Ahmad Fadhli juga berkata, fitnah yang dilemparkan juga tidak baik untuk suasana politik negara, malah ia terbit hasil daripada syak wasangka.

Seramai 10 pimpinan Pemuda PAS Kelantan turut mengiringinya ketika membuat laporan itu.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post