Lapan belas laluan di sekitar ibu negara akan ditutup secara peringkat sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016 bermula 27 hingga 31 Ogos ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Superintendan Mohd Adnan Basri berkata, semua laluan terbabit akan ditutup bermula jam 6 pagi hingga 1 petang.
18 laluan ditutup
“Laluan yang ditutup adalah Jalan Travers/Jalan Damansara (Muzium Negara), Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Mahameru/Jalan Damansara (susur Muzium Negara), Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah (Masjid Negara), Jalan Perdana/Jalan Lembah, Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin (Dayabumi), Jalan Kinabalu/Jalan Hishamuddin (susur Bukit Aman), Jalan Lembah/Jalan Cenderasari, Leboh Pasar Besar.
“Selain itu, Leboh Ampang/Jalan Tun Perak, Jalan Dang Wangi/Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Kuching/Bulatan Dato’ Onn, Jalan Kinabalu/Bulatan Dato’ Onn, Jalan Tunku Abdul Rahman/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Parlime/Bulatan Dato’ Onn, Bulatan Dato’ Onn/Jalan Raja (Kelab Diraja Selangor) dan Jalan Mahkamah Persekutuan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, sepanjang tempoh penutupan itu orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW