Siti Nordiana dituduh suka batalkan persembahan di saat akhir kerana dapat bayaran yang lebih tinggi di majlis lain

Macam-macam yang berlaku dalam industri sejak kebelakangan ini. Hangat tau rasanya. Tapi dalam kehangatan itu, ada pula yang menyampai cerita dekat Poklip tentang perangai penyanyi Memori Berkasih, Siti Nordiana.
Bukan apa, ada beberapa orang kuat industri dikatakan tidak berapa gemar dengan tindakan penyanyi itu yang didakwa suka membatalkan persembahan pada saat-saat akhir.
Siti Nordiana dituduh suka batalkan persembahan di saat akhir kerana dapat bayaran yang lebih tinggi di majlis lain

Siti Nordiana dituduh suka batalkan persembahan di saat akhir kerana dapat bayaran yang lebih tinggi di majlis lain

Kalau sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan, kita fahamlah.Tapi rupa-rupanya pasal duit bayaran. Penyanyi itu dikatakan suka membatalkan persembahan yang telah dijanjikan sekiranya mendapat bayaran yang lebih tinggi daripada penganjur majlis lain.
Yang menjadi taruhan, reputasi penyanyi itu sendiri. Poklip dengar ada orang mula label Nana sebagai seorang penyanyi yang tidak profesional dan sering mungkir janji. Nanti lama-lama, busuk nama Nana.Yalah, siapa tak sakit hati kalau kita dah beria-ria berhajat hendak tengok Nana nyanyi, tiba-tiba batal saat akhir.
Mahu meroyan mencari pengganti tu. Hendak hadap muka peminat pun rasa segan nanti.Tapi sebenarnya, Poklip terkejut juga bila dengar cerita panas ini. Bukan apa, Siti Nordiana ini kalau jumpa di luar memang cukup merendah diri. Langsung tidak nampak riak wajah mata duitan.
Malah, rasanya penyanyi itu pun sudah melalui jatuh bangun dalam industri. Dia pun boleh dikatakan ‘veteran’ dalam dunia hiburan ini. Kalau hendak buat perangai macam itu, susahlah nak percaya.Tapi masing-masing ada penilaian sendiri.
Poklip tidak mahu menangkan mana-mana pihak. Kalau betul cerita yang disampaikan ini, Poklip harap Nana ambil pendekatan ubah apa yang dirasakan tidak elok pada hati orang.Kalau pasal bayaran itu, apa kata letak satu harga untuk semua penganjur.
Lagi senang dan memudahkan semua pihak. Tidaklah terkejar-kejar kalau ada yang sudi bayar lebih mahal. Kan!
SOLOK LADA: Ada seorang pengacara datang lambat semasa pelancaran program baharu baru-baru ini. Sudahlah lambat, boleh pula buat lawak hambar. Banyak kali dah dengar, sama sahaja perangainya.

Sumber : Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post