SPRM tahan jeneral bersara yang juga merupakan pengerusi bank berkaitan penyelewengan RM15 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang  jeneral bersara yang juga pengerusi sebuah bank berkaitan kerajaan berhubung kes penyelewengan melibatkan RM15 juta.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Sebelum itu, sumber memberitahu The Star bahawa lelaki berusia 65 tahun itu hadir di pejabat SPRM Kuala Lumpur sebelum dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya.

Terdahulu, The Star melaporkan seorang individu kedua dari institusi kewangan itu dipanggil SPRM berhubung kontrak penerbitan buku bernilai jutaan ringgit dan projek menaik taraf sistem perbankan tersebut.

SPRM tahan jeneral bersara yang juga merupakan pengerusi bank berkaitan penyelewengan RM15 juta

SPRM tahan jeneral bersara yang juga merupakan pengerusi bank berkaitan penyelewengan RM15 juta

 

Pada Khamis lalu, pengarah urusan bank tersebut berusia 48 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes sama bersama empat yang lain.

SPRM turut menahan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 40-an pada Sabtu untuk membantu siasatan kes ini.

Difahamkan kontrak bernilai RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan untuk menghasilkan sebuah biografi berkaitan seorang pemimpin negara.

Antara perjanjian itu adalah penerbit perlu mencetak kira-kira 20,000 salinan penerbitan itu tetapi jumlah yang dicetak jauh lebih rendah.

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post