SEJURUS tamat perlawanan Liga Super antara Perak dan JDT yang menyaksikan skuad The Bos Gaurus itu tewas 0-1 malam ini, suasana mula menjadi kecoh apabila ada penyokong yang mencetuskan provokasi.
Keadaan mula menjadi tidak terkawal apabila penyokong kedua-dua pasukan saling berbalas provokasi sehingga memaksa penyokong JDT diarahkan memasuki padang oleh pihak keselamatan.
Dalam kejadian berkenaan, rakan jurufoto dari NSTP, Supian Ahmad cedera dipukul selain kameranya dicuri dalam kekecohan tersebut.
Keadaan hanya dapat ditenteramkan sekitar jam 12.00 malam dan penyokong JDT kemudiannya didapati mula meninggalkan stadium sambil diiringi pihak keselamatan.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Tags:
tbKOR