Sufi AF digelar ‘anak derhaka’ oleh ibu sendiri di facebook, baca penjelasan sufi sendiri!

Tidak tahu apa punca perselisihan yang menyebabkan ibu Sufi AF sendiri gelar anaknya ‘anak derhaka’ di facebook. Ini penjelasan dari Sufi AF sendiri kepada MH Online:

Ibu gelar Sufi AF anak derhaka di facebook

Ibu gelar Sufi AF anak derhaka di facebook – sumber gambar dari Rotikaya.com

Sebelum ini MH Online ada menerima beberapa kiriman screenshot yang menyatakan seolah-seolah berlaku ketidakpuasan hati seorang wanita yang dikatakan merupakan ibu kepada penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid.

Ekoran itu, MH Online telah menghubungi Sufi sendiri bagi menjelaskan situasi yang berlaku itu. Ini antara jawapannya;

“Setiap keluarga ada masalah tersendiri dan setiap ibu juga ada karakter masing-masing. Benar ibu saya suka marah-marah dan pastinya mereka yang tidak mengenali ibu saya, apabila membaca status yang dimuat naiknya itu akan mengundang salah faham.

“Tambahan pula saya sebagai artis orang kenal dan mulalah kaitkan saya dengan ayahlah, ibulah. Saya akui saya dan ibu memang ada perselisihan faham sebelum ini namun kami sudah selesaikannya..

“Ibu seorang yang suka berkongsi dan meluah kata-kata di laman Facebook, baginya laman sosial itu sangat penting. Jadi, saya telah berpesan kepadanya agar tidak meluah perasaan menerusi laman sosial lagi. Iyalah, apabila marah memang setiap perbuatan kita tidak sedar dan bila sudah reda baru akan sedar atas apa yang sudah terjadi.  Alhamdulilah ibu telah sedar dan telah memadam status tersebut,” terang Sufi secara terperinci.

Tambah penyanyi itu lagi, ibunya juga sedang belajar mengenali kerjaya anaknya yang kini semakin sibuk. Jelas Sufi, sebelum ini hubungan mereka berdua memang rapat, namun sejak kebelakangan ini jadualnya sangat sibuk.

“Sebenarnya ibu saya sedang dalam proses belajar memahami kerjaya saya. Mana tidaknya, dulu selalu bersama ada masa dan bila sudah sibuk malah jarang balik ke rumah, jadi mungkin sebab itu ibu agak terasa. Saya sayang ibu dan begitu juga dengan ibu yang sayang saya,” ujar Sufi yang tiada niat untuk menjauhkan diri dari ibu dan keluarganya.

Alhamdulillah segalanya sudah jelas dan selesai. Semoga kita semua ambil iktibar dengan apa yang terjadi. Ibu mana yang tak sayangkan anak betul tak?

Sufi AF

Sufi AF



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post