Surat dari Lin Dan, ini jawapan balas Lee Chong Wei

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan beliau menerima surat terbuka yang didakwa ditulis oleh musuh tradisinya, Lin Dan dari China.

“Mana ada… saya tak dapat (surat itu). Itu (surat) tipu punya. Saya tak tulis, dia pun (Lin Dan) tak tulis. You ingat kita cinta ke, tulis surat ni,” katanya dalam nada berseloroh pada sidang media di Kompleks Bunga Raya di sini, Rabu.

“You ingat kita cinta ke, tulis surat ni.” – Lee Chong Wei

"You ingat kita cinta ke, tulis surat ni." - Lee Chong Wei

“You ingat kita cinta ke, tulis surat ni.” – Lee Chong Wei

Menurut Chong Wei, surat tersebut mungkin sengaja ditulis oleh wartawan negara tembok besar itu dan menjadi viral di laman media sosial.

“Tiada isu. Itu reporter China sendiri tulis punya,” katanya.

Baru-baru ini surat terbuka ditulis Lin Dan kepada Chong Wei selepas tewas dalam aksi separuh akhir Olimpik Rio menjadi viral.

Namun timbul khabar angin bahawa surat dalam bahasa Cina itu ditulis oleh peminat yang mengandaikan dirinya berada di tempat Lin Dan.

Kandungan surat yang diterjemahkan adalah seperti berikut:

Baca artikel sebelum: Surat terbuka dari Lin Dan kepada Lee Chong Wei yang menyentuh hati

Kepada abangku Chong Wei,

Kelmarin, bila aku nampak engkau membaling raketmu dan melompat ke udara sambil menjerit kegembiraan, aku betul-betul gembira untukmu.

Kita berdua sudah kenal mengenali satu sama lain selama 16 tahun, sewaktu kita masih muda dan bertenaga. Waktu itu Taufik, Peter dan Gade yang jadi jaguh dan ketika itu kita berdua masih belum menarik perhatian dunia. Aku menang pada pertama kali kita berlawan sewaktu itu kita berdua pasti takkan sangka, berapa banyak lagi perlawanan yang akan kita main bersama sampai sekarang.

Kadang-kadang kau menang, kadang-kadang aku menang, membuatkan aku boleh berlagak sedikit di sini yang aku menang lagi banyak dari kau sepanjang pertemuan kita. Tapi hari ini aku tak mahu cakap pasal keputusan kerana skil kita berdua sudah tidak boleh diukur dengan keputusan lagi.

Ada orang panggil aku ‘Super Dan’ ketika aku menang, dan ada juga orang yang sedih tengok kau kalah kerana tuah kau sentiasa kurang sedikit berbanding aku, setiap pertandingan besar-besar pasti aku yang menang melawan kau.

Di sini, aku nak berterima kasih kepada kau. Di sebalik menang kalah kita bersama, masih ada hubungan mesra ‘LIN- LEE’ di antara kita. Kita bagaikan Ronaldo dan Messi, Larry Bird dan Magic Johnson, Nadal dan Federer, kekal selamanya pasangan ini disebut-sebut, kerana kewujudan satu sama lain.

Sebab engkaulah aku jadi lebih baik. Aku telah menjohani hampir semua kejohanan tapi aku masih tak berani nak main-main bila ada kau. Engkaulah yang buat aku seram sejuk setiap kali kita ke final dan kau berdiri di sebalik jaring.

Bila aku tinggalkan kau beberapa mata, kau akan kejar setiap mata sepenuh hati dan aku takkan biarkan kau jadi juara sesenang itu. Kau berlatih. Aku pun berlatih. Kau tak mengalah. Aku pun tak berani nak main-main dan curi tulang.

Semua itu sudah berlalu, dan kita sekarang sudah pun menjadi tua. Ramai pemain baru sudah muncul dan kadang-kadang aku menghantar mesej dan bersembang dengan kau tentang bakat bakat muda ini. Mereka akan menempuhi kesukaran untuk jadi Juara tak macam kita dulu, sewaktu hanya kita berdua saja yang bersaing-saing untuk jadi Juara.

Jujurnya, sunyi jugak keadaan badminton dunia dulu, asyik kita je ke final, tapi setiap kali aku jumpa kau di final, waktu itulah aku main dengan sepenuh hati dan potensi aku. Pada kau sajalah aku boleh menggunakan pedang yang aku asah sekian lama.

Jadi sekarang kita di Rio, Olimpik keempat aku. Di separuh akhir susah juga aku nak tewaskan budak dari India tu tapi aku lepas juga. Bila semangat aku dah koyak, aku ingat janji aku dengan kau yang kita akan bertemu di semi final.

Ini kali ke 37 aku bertemu denganmu sejak pertemuan pertama kita. Aku tewas dan tersungkur di hadapanmu tapi aku tidak sekali-kali menyesal! Engkaulah lawan aku yang paling hebat. Aku pun sanggup dan rela kalah padamu tanpa penyesalan. Bila aku peluk kau tempoh hari aku rasa macam 10 tahun kita berkenalan, bagaikan cuma satu mimpi.

Aku akan bawa jersi kau kepada bakal anak aku dan beritahu kepadanya:

“DULU, PERNAH HIDUP SEORANG PEMAIN BERNAMA LEE CHONG WEI, LAWAN TERHEBAT AYAH DAN KAWAN TERBAIK YANG AYAH PERNAH KENAL.”

Dapat berjumpa denganmu ketika aku bermain di peringkat yang tertinggi adalah satu tuah bagiku. Selamat berjaya di Final.

– Lin Dan

 

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post