GARA-GARA menumbuk seorang pramugari, seorang wanita rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara lima hari di Singapura.
Akhbar tempatan Straits Times melaporkan, pendandan rambut itu menyerang pramugari dalam pesawat Tiger Airways pada Febuari lalu.
Chong Nyok Kiew, 57, mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Veronica Siau Yen Ting, 26 tahun.
Dalam kejadian pada 23 Febuari itu, Chong menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura.
Kejadian berlaku apabila Siau memberitahu penumpang bahawa dia meletakkan sepasang tongkat milik seorang penumpang di kompartmen sebelah atas dan menasihatkan penumpang supaya berhati-hati apabila menggunakan kompartmen itu.
Apabila mendarat di Lapangan Terbang Changi, seorang penumpang membuka kompartment sebelah atas, menyebabkan satu daripada tongkat itu terjatuh ke atas Chong yang mula mengadu mengenai insiden itu.
Walaupun sudah meminta maaf, Chong enggan memaafkan sebaliknya mahukan penjelasan daripada Siau dan menuntut bayaran pampasan.
Chong yang berang bertindak menumbuk Siau di bahagian pipi dan bahu kiri dan menyebabkan kecederaan secara sengaja.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW