Video bayi menangis air mata darah disahkan terkena jangkitan kuman

“Hingga sekarang doktor pakar juga buntu, belum tahu apa yang menyebabkan mata bayi kami mengalirkandarah setiap kali dia menangis. Tidak banyak boleh saya lakukan, selain mendodoikan dan mengelap darah menggunakan kapas,” kata Hazura Kamal Santhirasehar, 24, yang bingung dengan penyakit misteri dihidapi bayinya.

Anak kelima wanita itu, Maryam Batrisya Abu Kassim, kini berusia dua bulan mula dikesan mengalirkan air mata darah ketika usianya lima hari selepas selamat dilahirkan di Hospital Melaka 16 Jun lalu.

Video bayi menangis air mata darah disahkan terkena jangkitan kuman

Video bayi menangis air mata darah disahkan terkena jangkitan kuman

Update-

Bayi berusia dua bulan Maryam Batrisya Abu Kassim, yang menangis air mata darah, disahkan menghidap penyakit pseudomemnranous conjunctixitis atau jangkitan kuman pada lapisan dalam mata (conjunetiva) menyebabkan matanya berdarah ketika menangis.

Ketua Pakar Perunding Mata, Klinik Mata, Hospital Melaka, Doktor Raja Norliza Raja Omar berkata, pemeriksaan dijalankan mendapati kedua-dua belah mata bayi itu semakin pulih daripada jangkitan.

“Kami jangka masalah mata bayi itu yang berdarah setiap kali menangis akan pulih dalam masa tiga minggu lagi, ibunya juga diminta mementingkan aspek kebersihan untuk elak jangkitan baharu.

“Kes seperti ini yang membabitkan bayi pernah dilaporkan di hospital ini, dengan kekerapan satu kes sebulan, namun ibu bapa tidak perlu risau kerana ianya tidak berjangkit ,” katanya.

Beliau berkata, jangkitan kuman pada lapisan conjunativa menyebabkan bayi mengalami sakit mata dan bertahi seterusnya mengeluarkan darah ketika bayi menangis.

Harian Metro, hari ini melaporkan kedua-dua belah mata bayi terbabit berdarah setiap kali menangis.

Masalah itu dikesan mengalami masalah itu oleh ibu bapanya ketika berusia lima hari.

Sumber : Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post