Perut sedang sarat mengandung lapan bulan, namun seorang guru bertindak berani melawan dan mematahkan cubaan samun dua lelaki bersenjatakan parang.
Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa berusia 36 tahun diserang penjenayah di hadapan sebuah taska di jalan SS14, di sini.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku sewaktu wanita terbabit sedang mengambil anaknya di taska berkenaan selepas pulang dari bekerja.
Katanya, mangsa bagaimanapun diserang dua lelaki ketika mahu membawa anaknya masuk ke dalam kereta yang diparkir di hadapan taska berkenaan.
“Suspek dikesan muncul menaiki kenderaan pelbagai guna model Toyota Harrier. Salah seorang suspek memegang parang sebelum meluru masuk ke dalam kereta model Honda City milik mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Hmetro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW