Video lelaki buncit kantoi mencuri di majlis kahwin, turut dibelasah seorang tetamu sampai berlumuran darah

KES curi ketika majlis perkahwinan berlangsung bukanlah perkara baharu berlaku yang pernah kita dengar.

Terbaharu, sebuah video memaparkan seorang lelaki dicekup akibat kantoi mencuri di majlis kahwin tersebar menjadi viral menerusi media sosial.

Video lelaki buncit kantoi mencuri di majlis kahwin, turut dibelasah seorang tetamu sampai berlumuran darah

Video lelaki buncit kantoi mencuri di majlis kahwin, turut dibelasah seorang tetamu sampai berlumuran darah

Menerusi video berdurasi 1 minit 13 saat itu, lelaki memakai baju T berwarna kelabu itu dilihat dibawa keluar oleh anggota polis dari rumah pengantin berkenaan.

Ketika dibawa keluar, suspek turut dibelasah oleh seorang lelaki yang dipercayai tetamu majlis berkenaan hingga menyebabkan wajahnya berlumuran darah.

Pun begitu, lokasi dan bilakah waktu kejadian ini tidak pula dinyatakan. Namun, melihat kepada uniform pasukan polis, ia nyata sekali berlaku dalam negara ini.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post